Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu

  Pada cuti sekolah Mac, saya telah ke Kuala Lumpur dan Genting. Saya telah ke taman permainan di Berjaya Times Square. Saya telah naik 'Super Sonic Odessy', 'Oort's Express' dan 'Dizzy Izzy' di situ. Saya pun ke taman permainan di Genting. Di situ, saya telah naik 'Digi Coaster', 'Flying Coaster' dan 'Corkscrew'. Saya rasa yang mereka amat menyeronokkan dan saya hendak naik mereka sekali lagi. Pada pendapat saya, cuti sekolah yang diberikan tidak cukup, ia terlalu pendek, kecuali cuti sekolah Jun dan Disember.

2 ulasan:

  1. Wah, Adam awak sungguh berani. Cikgu memang tidak berani hendak menaiki 'Roller Coaster'. Bukan tidak pernah cuba, cikgu pernah menaikinya tetapi cikgu rasa seperti jantung hendak terkeluar. Oleh sebab itulah, sekali sudah cukup.

    BalasPadam
  2. Wah! Saya pernah pergi ke Genting tetapi tidak pernah menaiki 'Roller Coaster'...

    BalasPadam