Selamat Hari Raya kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat, teman-teman (ya, saya tahu semua itu sama) dan guru-guru! Berapa banyak duit kamu sudah dapat? *_* Hari lahir saya telah jatuh di Hari Raya pada tahun ini. (Selamat Hari Guru!!!)
Rabu, 31 Ogos 2011
Selasa, 19 Julai 2011
Tiga Faedah Blogging
Faedah blogging pertama adalah, kita boleh belajar lagi tentang komputer dan macam mana untuk menggunakannya. Faedah blogging kedua adalah, kita tidak boleh dapat lepuh-lepuh dengan begitu senang. Faedah blogging yang ketiga dan terakhir adalah, kita boleh membuat belajar bahasa Melayu lebih senang. =D >_< (; ^_^
Rabu, 6 Julai 2011
Persiapan saya untuk peperiksaan PSLE
Saya telah, sedang dan akan belajar 1.5 jam dengan bersungguh-sungguh untuk peperiksaan PSLE saya kerana saya tahu yang ia amat penting. Saya hendak mendapat agregat 261 dan ke atas untuk mendapat Xbox 360 saya dan 10 permainan untuk ia. Saya hendak dapat A* untuk bahasa Inggeris dan Sains dan A untuk bahasa Melayu dan Matematik. Saya hendak pergi ke Sekolah Menegah Raffles Instituition atau Sekolah Menengah NUS atau SST.
Selasa, 28 Jun 2011
Apa saya buat pada percutian Jun ini
Pada percutian Jun ini, saya hanya bermain dan SMS orang di rumah...dan pergi ke Langkawi. Apabila saya di Langkawi, saya telah membeli sebuah jam.Saya pun berenang di sebuah kolam berenang.
Saya pun ada ingatan yang pahit. Saya telah terlibat di dalam sebuah kemalangan kereta dan dapat 'whiplash'. Saya pun diserang oleh seekor monyet tetepi saya telah tendang ia di perutnya.
Saya pun ada ingatan yang pahit. Saya telah terlibat di dalam sebuah kemalangan kereta dan dapat 'whiplash'. Saya pun diserang oleh seekor monyet tetepi saya telah tendang ia di perutnya.
Selasa, 17 Mei 2011
Pengalaman Saya Ketika Hari Raya
Pada Hari Raya yang lepas, saya pergi ke rumah nenek dan datuk saya dahulu. Saya Salam mereka dan pergi ke bilik saudara saya untuk main 'Xbox 360'. Nama saudara saya ialah 'Danial Hakim'. Saya bermain permainan 'zombie' macam 'Left 4 Dead' dan 'Dead Rising 2'. Apabila ayah saya panggil saya untuk pergi, saya Salam Danial dan keluar rumahnya selepas saya ambil duit daripada nenek dan datuk saya. Mereka selalu memberi saya banyak duit.
Isnin, 21 Mac 2011
Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu
Pada cuti sekolah Mac, saya telah ke Kuala Lumpur dan Genting. Saya telah ke taman permainan di Berjaya Times Square. Saya telah naik 'Super Sonic Odessy', 'Oort's Express' dan 'Dizzy Izzy' di situ. Saya pun ke taman permainan di Genting. Di situ, saya telah naik 'Digi Coaster', 'Flying Coaster' dan 'Corkscrew'. Saya rasa yang mereka amat menyeronokkan dan saya hendak naik mereka sekali lagi. Pada pendapat saya, cuti sekolah yang diberikan tidak cukup, ia terlalu pendek, kecuali cuti sekolah Jun dan Disember.
Rabu, 16 Februari 2011
Minat saya pt 1
Minat saya adalah bermain muzik. Saya bermain gitar. Saya bermain kalau saya ada masa lapang dan kalau saya tidak mahu main. Kadang-kala, saya bermain untuk keluarga saya. Saya mempunyai pelajaran muzik pada hari Ahad pada jam sebelas pagi. Saya bermain gitar klasik.
Ahad, 23 Januari 2011
Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah
Saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada tahun ini. Saya berasa takut dan gugup. Saya hendak mendapat gred yang bagus untuk semua subjek saya kerana saya hendak ke sekolah menengah yang terbaik. Ibu saya telah berjanji yang dia akan membeli saya permainan baharu kalau saya mendapat agregat yang terbaik.
Rabu, 12 Januari 2011
Tentang Saya
Nama saya Adam Dhiya'ulhaq. Umur saya sebelas tahun, saya akan menjadi dua belas tahun tahun ini. Saya masih berada di sekolah rendah. Saya suka bermain "Poptropica", "Gun Bros", "Waveboarding" dan congkak. Saya harap saya akan mendapat A* untuk subjek Matematik, A* untuk subjek Sains, A untuk subjek bahasa Melayu dan A untuk subjek bahasa Inggris untuk PSLE saya. Agregat yang saya harap untuk mendapat adalah 267. Saya pun harap untuk pergi ke sekolah menengah yang baik.
Langgan:
Catatan (Atom)