Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Pada tahun ini, kenangan paling manis saya adalah bila saya membuat penanda buku. Kenangan manis selain adalah bila saya pergi ke Padang untuk melihat latihan untuk Hari Kebangsaan Singapura. Mereka pakai pakaian yang canggih dan berwarna-warni.

Kenangan paling pahit saya adalah bila saya dapat markah yang tidak bagus untuk pelajaran Matematik. Kenangan pahit selain adalah bila saya dapat buku rekod saya. Saya telah mendapat kedudukan ke-32.

Khamis, 28 Oktober 2010

Apa Saya Fikir Tentang Bahasa Melayu Lanjutan

Saya rasa kesal yang saya telah gagal kesemua peperiksaan saya. Saya fikir saya tidak akan gagal untuk tahun depan. Sebenarnya, saya tidak disyorkan untuk mengambil Bahasa Melayu Lanjutan tetapi saya tidak akan putus asa dan mengulang kaji. Saya harap saya tidak akan gagal pada tahun depan.

Ahad, 24 Oktober 2010

Persiapan untuk Peperiksaan

Saya telah bersiap untuk peperiksaan yang akan datang. Saya tidak berasa panik kerana saya rasa saya akan gagal kalau saya panik, tetapi saya rasa sedikit gugup.

Khamis, 14 Oktober 2010

Nasihat

Ayub,

Kalau kamu ada masalah memahami mata pelajaran Matematik, saya rasa kamu tidak sepatutnya berputus asa dan kalau kamu boleh, ambil tuisyen.

Salam,
Adam

Khamis, 23 September 2010

Hujan

Ada yang berkata
engkaulah pemberian dari Tuhan
yang membasahi dunia yang menghijau
betulkan, hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dengan deras
membawa rahmat kepada manusia
betulkan, hujan?

Aku ingin berbakti sepertimu
apatah daya aku lemah dan tidak berkuasa
aku hanya manusia biasa
engkaulah yang menghibur ketika kita berduka
engkaulah inspirasi

Isnin, 26 Julai 2010

Peraduan Bahasa Melayu di Sekolah Saya

Dari semua aktiviti bahasa Melayu, saya paling suka penulisan kreatif kerana saya boleh menulis apa sahaja yang saya suka tentang topik yang diberi. Ia juga dapat membantu saya dalam penulisan karangan saya.

Lawatan Pendidikan Ke Brunei Darussalam

Pada 26 Mei hingga 30 Mei 2010, rakan-rakan saya telah ke Brunei Darussalam. 20 murid dari sekolah saya telah ke Brunei Darussalam. 18 murid dari kelas bahasa Melayu saya dan 2 murid dari kelas lain. Saya tidak pergi kerana saya telah ke negara yang lain.

Perkhemahan Bahasa

Perkhemahan Bahasa ini tentang aktiviti-aktiviti dahulu seperti tarik guni dan pusing-pusing tepung.

Pertandingan Blogging

Sekolah saya mendaftar untuk pertandingan blogging. Pos minimum yang boleh diterima ialah 10 pos.

Bengkel Penulisan Kreatif

Saya suka penulisan kreatif kerana saya boleh menulis apa-apa yang saya hendak tentang subjek itu. Saya telah mempelajari banyak perkataan Melayu.

Aktiviti "Bawa & Berborak"

Bila saya di dalam darjah 2, kelas bahasa Melayu saya mengadakan aktiviti "bawa dan berborak". Saya membawa sebuah buku untuk menunjuk kelas saya. Kelas saya sepatutnya berbual tentang benda yang mereka membawa. Saya berasa bangga pada hari itu.

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Hampir setiap hari, cikgu saya mengadakan kuiz bahasa Melayu. Setiap kumpulan sepatutnya mencari 2 makna untuk 1 perkataan yang cikgu memberi.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Hari ini saya pergi ke dewan untuk melihat prestasi oleh guru-guru dan murid-murid. Selepas itu, seorang guru menjelaskan kepada kami tentang budaya lain. Itu adalah sebuah persembahan yang menarik.

Piramida

Pada minggu lepas, murid-murid melayu melakukan aktiviti Piramida. Aktiviti itu sangat menarik. Untuk menang di aktiviti ini, satu murid akan memberi klu dan murid lain mesti jawab.

Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti berbahasa Melayu

Terdapat beberapa aktiviti berbahasa Melayu. Aktiviti yang saya paling suka ialah menulis karangan. Saya suka menulis karangan kerana saya boleh menulis beberapa cerita tentang gambar yang diberikan saya. Saya juga boleh memperbaiki bahasa saya.